Ahad, 12 Ogos 2018

INTERIM

    Assalamualaikum..selamat datang ke blog saya.Ni kali pertama tulis blog harap sudi membaca..di blog ni saya nak bagitahu tentang UED102 atau nama lain nya Study Skill. Subjek ini hanya ada masa interim sahaja..

   pertama sekali, topik pertama yang kami belajar adalah "Getting Ready to Learn".Untuk pengetahuan semua hidup di Universiti dan di sekolah sangatlah berbeza dari segi pakaian,masa,buku dan banyak lagi.Di universiti semua perkara kita mesti lakukanya sendiri tanpa bantuan orang lain.Dengan itu kita mestilah bersiap sedia dengan apa yang akan kita hadapi.

   Untuk itu kami melakukan aktiviti dibawah iaitu menjawab soalan "Learning Styles and Characteristics of successful Students". Ujian ini akan menentukan kita berada di kumpulan mana antara visual,auditori dan juga kinestetik.Apabila sudah tahu akan kedudukan kita,maka mudahlah kita untuk belajar dengan perkara berikut.



                          Topik 2

                     "Goal Setting"
   topik kedua pula kami menetapkan matlamat kami sebagai seorang pelajar..Matlamat sangat penting kerana ia dapat mendorong kita untuk mencapai sesuatu yang di hajati.seperti gambar di bawah ialah matlamat saya ataupun impianku.(maaf gambar tidak dapat di muat naik)


                            Topik 3
                  "Time Management"
    Pengurusan masa adalah sangat penting untuk kita sebagai seorang pelajar.Kerana dengan menguruskan masa dengan baik akan membantu kita menjalankan hidup dengan lebih sempurna.ini kerana apabila kita dapat menguruskan masa segala kerja yang kita lakukan akan berjalan lancar dan dapat di siapkan dengan cepat dan teratur.berikut adalah contoh jadual bagaimana kita hendak menguruskan masa kita.



                             Aktiviti 1
                        "Ice Breaking"
                 

  Mula mula sekali kami diarahkan untuk masuk mengikut kelompok masing masing iaitu perempuan dan lelaki.selepas sahaja kami masuk kelompok mengikut jantina masing masing..kami diarah untuk menulis nama mereka dan juga warna baju yang mereka pakai seperti gambar di atas


  selepas itu.kami mendapat lagi arahan untuk bergerak mengikut negeri masing masing iaitu pantai timur,utara,selatan.untuk itu kami perlu mengambil nama mereka serta tempat tinggal mereka.



  Disamping itu,kami berubah pula ke buah kesukaan iaitu durian dan rambutan.Di sini kami disuruh pula mengabil nama mereka dan air kegemaran.



  Seterusnya,kami bertukar tempat pula .kami perlu mengambil nama mereka dan jumlah bilangan adik beradik mengikut kumpulan warna hitam dan putih.



  Akhir sekali untuk aktiviti ini kami dibahagikan pula mengikut urutan nombor bilangan adik beradik dari sulung dan ke 2.kami perlu mengambil nama mereka dan juga nombor telefon.



                          Aktiviti 2
                            (Roket)
  Usai sudah aktiviti pertama kami di minta untuk duduk didalam kumpulan yg telah di tetapkan..semua ahli kumpulan di arah untuk menanda tangan di kertas yg disediakan untuk mengenal pasti semua ahli yg hadir.



  Selepas itu,kami di berikan sehelai kertas A4 dan diminta untuk menulis nama dan juga identiti kita sendiri..selepas itu kertas tersebut di jadikan origami berbentuk roket
setelah semua bersedia dengan roket tersebut.kami perlu melemparkan atau melepaskan roket ke udara dan mengambil roket orang lain.selepas itu kami di arahkan untuk mengambil gambar
bersama empunya roket tersebut..



Aktiviti 3
(collecting wefie)

  Ini adalah aktiviti terakhir kami pada hari tersebut iaitu kami perlu mengambil gambar bersama staf-staf uitm. berikut adalah senarai yang perlu kami mengambil gambar.(maaf ,gambar senarai tak dapat di muat naik)

                                 
Kami perlu mengambil gambar bersama dua orang staf uitm bahagian pustakawan di al bukhari 1 dan al bukhari 2.


Selepas itu..kami bergerak pula untuk memgambil gambar bersama staf kafe 1.


seterusnya kami bergerak pula untuk mencari staf unit kontraktor(landskap-lelaki) uitm untuk menangkap gambar bersama.

 

selepas itu.kami bergerak pula ke arah makmal untuk mengambil gambar bersama staf makmal 1.
 
selepas itu..kami bergerak pula ke pondok polis yang berada di pintu masuk utama uitm..kami mengambil gambar bersama staf unit polis bantuan 1.

Kami bersama staf makmal 2.

                                               
kemudian bersama staf unit polis bantuan 2.
kami bersama staf kafe 2.

   Akhir sekali,kami bersama staf unit kontraktor(pembersihan -wanita).selesai sudah mengambil gambar bersama mereka.kami kembali ke al bukhari 2 untuk menyudahkan aktiviti tersebut.(maaf gambar tidak tersusun)


{Minggu ke 3}

   Untuk minggu ke 3 pula kami mempunyai 5 aktiviti yang di lakukan..sebelum itu,pada pagi tersebut kami mendapat sedikit taklimat daripada puan Azimah berkenaan dengan "memory learning" dan juga "getting to know your campus"..selesai sahaja taklimat kami di minta untuk pergi ke perpustakaan al bukhari 1 untuk menjalankan aktiviti kami iaitu kami perlu mencari buku yang berkaitan dengan pertanian dan di minta untuk meminjam buku tersebut.Usai meminjam kami bergerak pulang ke al bukhari 2 untuk melakukan aktiviti seterusnya.

   Untuk aktiviti seterusnya,kami dipertontonkan satu klip video yang menunjukkan seorang anak kecil bersama ayahnya.di dalam klip video tersebut menceritakan sepucuk surat yang diberikan oleh anaknya kepada ayahnya..di dalam surat tersebut memberitahu tentang ayahnya yang sanggup berkorban masa tenaga untuk menyara mereka.selepas tamat klip video tersebut kami perlu menjawab 11 soalan berkaitan dengan video tersebut.(gambar soalan tak dapat muat naik)

ini adalah jawapan bagi soalan yang di berikan.

    Seterusnya,kami di berikan satu lagi klip video yang mengisahkan tentang dua ekor anak patung beruang yang berwarna koko dan putih..video tersebut menceritakan anak patung beruang tersebut yang turun daripada kapal terbang.mereka berjalan berpimpin tangan sambil pergi ke kedai gambar.selepa itu mereka bergerak pergi ke arah beg pakaian.mereka di bantu oleh pekerja di situ yang mengangkat beg mereka ke bawah.Kemudian mereka berjalan keluar dari pintu utama dan mereka di sambut oleh cucu mereka dan mendapat pelukan yang sangat erat.habis sahaja melihat video tersebut.kami sekali lagi perlu menjawab salah satu soalan yang di berikan..berikut adalah gambar jawapan daripada video tersebut.(gambar soalan tak dapat muat naik)
jawapan soalan yang di berikan.



  Untuk aktiviti ke 4.kami bermain pula permainan "Kahoot".permainan ini perlu menggunakan gajet ataupun telefon.ia adalah permainan quiz yang perlu kita menjawab dengan betul..kami ulang sebanyak 2 kali untuk permainan ini dan ianya sangat seronok.

  aktiviti terakhir kami pada minggu ke 3 ini adalah kami perlu membuat rumusan tentang pertanian daripada buku yang kami pinjam pada aktiviti pertama tadi.

   Apa yang saya faham tentang 
"cultivated" ialah berkenaan dengan tanaman herba.Jenis herba yang saya akan rumuskan adalah pudina,antaranya adalah selasih atau nama lainnya Ocimum basilicum,ianya berkemungkinan berasal dari afrika atau asia.selasih terkenal dalam penggunaan masakan di itali.nama lain bagi pudina ialah spearmint dan M.spicata yang biasa digunakan.M.piperita dan peppermint adalah yang paling kerap di tanam.Pudina sangat penting pada masa kini kerana ia dapat dijadikan sebagai perasa komersial untuk ubat gigi,cuci mulut,gula-gula dan banyak lagi..oleh itu,jika kita membangunkan pokok pudina ia dapat memberi sumbangan besar pada ekonomi negara dan dapat membagunkan industri pertanian di negara kita.




                         | Minggu ke 4 |
  
       Minggu ini adalah minggu terakhir kami bersama program ued102,pada kesempatan ini saya perlu menyiapkan segala tugasan saya.Terdapat 2 topik yang kami bincangkan bersama Cik Masriyah antara topiknya ialah "Taking lecture notes" dan juga "Academic intergrity and performance".

       Untuk topik "taking lecture notes" kami belajar cara untuk menyalin nota semasa berada di kelas dan kuliah.Apabila kita menyalin nota ia dapat membantu kita mengulang kaji dan mengiganti apa yang telah di ajar oleh penyarah.

    Selain itu,ia juga dapat membantu kita memberi perhatian sepenuhnya di dalam kelas,seterusnya,Ia juga dapat meningkatkan daya ingatan kita.

    Justeru itu, kita mestilah mempunyai peralatan untuk menyalin nota antaranya ialah pen,pensil,pemadam,kertas kajang dan sebagainya..

     Disamping itu,Persiapan kita sebelum pergi ke kelas ialah kita mestilah membuat bacaan berkenaan topik yang akan dibincangkan.selain itu,kita hendaklah menyiapkan segala tugasan yang diberikan supaya kerja itu tidak akan tertangguh terlalu lama.Perkara yang paling penting semasa menulis nota ialah kita mestilah menulis tarikh pada nota tersebut,ia dapat membantu kita mengingati bilakah topik itu dibincangkan.Penggunaan kata kunci juga penting ketika kita menulis nota.

untuk aktiviti pula,kami membuat nota daripada tontonan video topsoil yang di tunjukkan oleh pensyarah.




     Untuk topik "Academic integrity and performance" kami belajar tentang plagiat.Plagiat bermaksud ialah menyalin nota orang lain tanpa kebenaran dan tidak menyatakan nama penulis asal nota tersebut. Sebagai seorang pelajar kita mestilah mempunyai sikap kejujuran dan bertanggungjawab dalam melalukan sesuatu perkara. 

Selain itu,kami juga belajar cara mengira GPA.ianya sangat penting kerana 60% markah GPA mewakili kehadiran kita ke kelas dan kuliah,membuat tugasan sendiri dan berkumpulan,melakukan perbentangan dan juga menjawab kuiz.40% pula mewakili peperiksaan akhir.


Aktiviti yang kami lakukan adalah cara menulis rujukan buku.(maaf gambar tak dapat di muat naik)

contoh: Simpson,Berly.Brintnall.(2001).economic botany:new york,McGraw-hill.



kami juga melakukan aktiviti menjawab kuiz berkenaan plagiat.


kami juga melakukan aktiviti mengenal pasti nama buku.


  selain itu,aktiviti last yang kami lakukan adalah mengira GPA.(maaf gambar tak dapat di muat naik)

caranya adalah: 
   Gred point +kredit unit ÷ jumlah kredit unit.


   Akhir kata,minggu interim bagi saya sangatlah seronok..saya berjumpa pelbagai jenis orang dan rakan yang banyak ragam terutama sekali rakan serumah..sekian terima kasih.